Tuesday, July 19, 2011

Mukaddimah ucapan alu aluan

Online bisnes sekarang ni telah naik, tumbuh lebih hebat dari cendawan. Ramai tergila-gilakan online business dan berharap boleh jadi kaya cepat dengan online bisnes ini termasuklah aku. Setelah bergiat gaya angan-angan mat jenis yang panjat pokok pinang tanpa buah, barulah aku sedar bahawa bisnes online terdapat banyak salah faham, mitos dan khurafat yang perlu dibuang dalam kepala hotak masing-masing.

Online bisnes ini juga dijadikan alat bagi sesetengah malaun yang mahu melariskan skim cepat kaya mereka, ini yang membuatkan bertambahnya sikap prejudis sesetengah gologan kepada online bisnes ini. Cuba anda beritahu kepada pakcik dan makcik kat kampung, tak pun kat sesetengah orang bandar buta komputer dan IT, "saya kerja jual barang melalui internet" masih ada lagi muka berubah seperti "beruk" atau king-kong kerana tidak percaya dan prejudis tentang online bisnes ini.

Dalam blog ini, tiada "magic pill" atau tips rahsia yang giler-giler, bila buat mesti konfirm kaya. Ia hanyalah perkongsian pengalaman setahun ketiak jagung yang picisan dari orang yang tidak berjaya tentang online bisnes. Kerana jika aku telah menjadi jutawan dan mempunyai duit billion USD dalam akaun, maka tiadalah guna aku duk depan laptop buruk aku ini menulis tentang pengalaman aku, dah ler guna platform blogger yang free ni, apa kejadahnya.

Buat pengetahuan korang, individu yang dah kaya gilo dengan duit berbillion masuk setiap hari, mereka tak akan menulis kat blog apatah lagi menulis buku tentang cara menjadi kaya. Lagipun tulis buku ni paling tinggi royalti pun dapat sekitar 10% atas sebiji buku, kalau buku paling mahal pun RM50, dapat royalti RM5 satu biji. Dah ler nak menulis buku tu ambil masa bertahun-tahun kalau bagi orang tak pernah menulis. Jadi, siapa yang tulis buku tentang mereka, sudah tentu si polan anak si polan yang belum kaya menulis dan meminta tokoh jutawan certified bahawa tulisan mereka itu benar, lepas tu BOOOMMM buku itu meletup, last-last bila baca, takde pun jadi kaya juga orang membacanya kerana apa yang ditulis boleh dikatakan banyak yang tak sama dengan apa dilalui oleh jutawan itu.

Panjang juga mukaddimah aku ini, harapnya ia hanya catatan yang konsisten yang membolehkan aku muhasabah balik tentang kenapa selama ini aku tidak berjaya dengan online bisnes. Isk..isk...sedih betul.


No comments:

Post a Comment