Saturday, July 30, 2011

Barang imitation, replica, piracy, lanun

Kalau mahukan profit margin yang tinggi, maka jual lah barang cetak rompak. Boleh dikatakan penjual barangan cetak rompak ini cepat kaya. Macam perompak la, mana ada perompak pergi merompak rumah dapat seposen dua, mesti paling kurang berpuluh-puluh ribu ataupun beratus ribu dan juta hasilnya.

Dalam dunia bisnes ni, penjual barangan cetak rompak boleh dikatakan penjenayah yang tak guna menyebabkan peniaga jujur mendapat kesan dari aktiviti mereka. Apa yang memalukan ialah, penjual ini kebanyakkan dari Malaysia, mungkin sebab itulah mat salleh tak suka berikan supplier barangan kepada orang Malaysia, kerana banyak penipu dan penyangak.

Contoh ketara ialah, penjual cermin mata ray ban, kalau harga original beratus-ratus ringgit. Tetapi kalau beli barang cetak rompak kat China, harga atas satu cermin mata sekitar RM30 (gred AAA imitation). Sekali tengok, fuhhh, ini mesti tulen. Yang celakak lagi ialah bila penjual itu sendiri mengatakan ianya tulen. Maka bertambah-tambahlah haram rezeki mereka. Dahla dijual dengan harga RM200 pulak tu, mana tak cepat kaya diorang.

Secara tak langsung, barangan lain seumpamanya tidak akan mendapat perhatian. Memanglah Ray Ban, Kasut Adidas dan Nike itu bagus, tetapi kasut lain yang kurang famous jenamanya memang ada yang kualiti bagus. Tetapi dengan harga yang berpatutan la. Barangan brand ni sudah confirm bagus kualiti dan famous pulak. Pencuri pun suka curi kasut original (diorang lebih bijak nak bezakan).

Apapun, cuba bayangkan suatu hari nanti kita berjaya keluarkan produk sendiri seperti Jam Tangan XXZ yang dipatentkan atas nama brand kita. Tetiba ada perompak yang tiru produk tu dan jual harga lebih murah lagi, habislah rezeki kita. Sbb itulah haram menjual barang cetak rompak, kerana kita telah mencuri harta intelektual seseorang, macam mana la penjual tu nak bertaubat? nak telefon balik syarikat Nike dan Adidas minta maaf?. Jauh sekali, last-last pikul balik barang-barang tu di akhirat kelak.

Apa pun, aku percaya, berjaya ke tidak dalam bisnes ni, yang penting ialah rezeki halal diperolehi walaupun sedikit. Aku mengambil berat apa yang akan masuk tembolok aku. Kang nanti bila menyesal sudah terlambat.

Wednesday, July 20, 2011

Dropshipper? Wholesaler? Retailer? Manufacturer?

Penting bagi kita untuk mengetahui apa beza retailer dan wholesaler. Kalau tak tahu nak bezakan, maka meniaga di internet tak akan laku sampai bila-bila kecuali ada pelanggan yang bodoh sama tak tahu datang beli dengan harga yang mahal dari kita yang bodoh.

Dropship atau dropshipping adalah istilah yang popular dalam dunia perniagaan online. Kalau anda tidak mengetahui apa itu erti wholesaler (pemborong), retailer (peruncit), light bulk wholesaler, large bulk wholesaler, dropshipper maka lupakanlah tentang bisnes online.

Dropshipping adalah satu sistem yang paling sesuai bagi orang yang berminat menjual produk fizikal di internet tetapi tidak mempunyai modal permulaan yang besar. Biasanya penjual di internet adalah bergelar retailer (peruncit), jarang-jarang sekali bergelar wholesaler atau manufacturer (yang ni mmg tidak logik).

Biar aku jelaskan apa hakikat business online ini jika ia melibatkan istilah-istilah di atas. Dulu aku memang tak tahu satu apa pun pasal istilah di atas, setelah aku belajar dari seseorang, baru aku tahu inilah ilmu asas perniagaan yang tidak diketahui ramai. boleh dikatakan, kalau tak tahu ilmu ini, baik bungkus ajo angan-angan nak buat bisnes melalui online.

Manufacturer adalah istilah yang common sense, budak sekolah berhingus pun mesti tahu. Manufacturer ialah pengeluar barang-barang melalui kilang kecil atau besar. Apa yang menarik tentang manfacturer ialah, mereka biasanya tidak mempunyai kedai online, dan tidak menjalankan business online. Fokus mereka ialah mengeluarkan produk dalam kuantiti yang sangat banyak untuk dijual kepada wholesaler (pemborong kecil atau besar). Biasanya kalau ada kat internet yang mendakwa kami adalah pengeluar barangan itu dan ini, maka besar kemungkinan 99.999999% mereka adalah penipu atau disebut dalam internet sebagai "scam". Kebanyakkan scam ini datang dari China. Persoalannya kenapa manufacturer tak buka online store kat internet dan jual produknya supaya lagi cepat kaya, kan kat internet ramai pembeli???. Jawapan pendeknya ialah : nak cari nahas ke. Jawapan panjangnya ialah, manufacturer contohnya yang hasilkan kasut bayi, kita ambil contoh kat U.S atau kat China. Kilang buat kasut tak mungkin ada satu ajo, malah ada berpuluh-puluh dan beribu. Mereka kena bersaing untuk menjual produk mereka, tetapi untuk menjual secara online adalah satu langkah yang bodoh untuk manufacturer kerana menjual di online sebenarnya melibatkan kos yang tinggi untuk membuat website, nak lantik pekerja maintain website, promosi website, ambil order, bungkus barang, pos barang, layan pelanggan, uruskan claim warranty dan lain-lain. Last-last produk tak terjual dan banyak stok tak bergerak. Mahunya tak sampai setahun kilang tutup terus. Jadi berhati-hati kalau ada kat internet yang duk jual barang-barang tetapi pada waktu yang sama mengaku manufacturer produk tersebut. Mereka yang mengaku manufacturer tetapi mempunyai online store adalah SCAMMMMM.

Macam mana pula dengan wholesaler? Mereka adalah pemborong yang membeli barang dari kilang dengan jumlah kuantiti yang banyak contohnya seribu set sekali beli. Maka mereka akan diberi harga pemborong oleh pengeluar. Contohnya kasut bayi, beli seribu set sekaligus dapat harga RM10 000, jadi harga borong satu kasut ialah RM10. Biasanya kalau nak dapat harga borong, kena beli banyak, setakat nak beli satu nak dapat harga borong tak payah angan-anganlaa. Pergi ke planet pluto sekalipun takde manufacturer yang sanggup jual harga borong untuk satu item. Secara umumnya terdapat 2 jenis pemborong, yang jenis beli secara banyak giler-giler atau yang beli 'light bulk'. Ini bergantung kepada manufacturer juga. Akan tetapi light bulk wholesaler tidak akan menikmati harga seperti large bulk wholesaler. Itu pula dinamakan 'Price break'. Nanti aku sentuh semula tentang price break di post akan datang.

Ok, persoalannya, adakah wholesaler ini mempunyai online store. Jawapannya ialah Ya, tetapi bukan semuanya. Macam manakah nak tahu 'real wholesaler'? Yang tu susah sedikit. Tetapi boleh diketahui dari segi pricing dan juga sistem yang mereka kenakan ke atas kita. Wholesaler ini sangat penting kerana mereka adalah supplier (pembekal) barang-barang untuk dropshipping dan juga untuk buka kedai online. Kebanyakkan yang mengakui wholesaler dari China adalah SCAM dan penipu besar.

Retailer adalah peruncit, mereka menjual barang pada harga runcit. Kalau mereka ini adalah retailer, tetapi jual barang pada harga borong, maka samaada mereka cari nahas nak bungkus awal, atau salah satu strategi promosi, atau jual barang yang memang stok lama yang tak bergerak. Dropshipper ialah termasuk dalam kategori peruncit.

Ini contoh senario aku nak bagi:

"Cik Semah (retailer / peruncit) bercadang membuka kedai online, dia mahu mendapatkan barang dari supplier di China untuk mendapatkan harga yang murah. Dia bercadang menjual stoking bayi yang berharga RM5 satu (kalau mengikut harga kedai biasa). Lalu dia pun berjaya mencari stoking itu kat china, tetapi untuk mendapatkan harga yang murah, dia kena beli stok banyak iaitu seribu set stoking, dia pun membeli stoking dari supplier China sebanyak 100 set dengan harga RM400. Apabila dia hendak memasarkan stoking tersebut, harga modal ialah RM4 setiap satu. Lepas itu dia sedar bahawa supplier tersebut bukanlah "real supplier" tetapi retailer juga yang sama level dengan dia. Atapun dalam dunia bisnes dikenali sebagai middleman.

Kesimpulannya, kenali level kita dimana, manufacturer? wholesaler? retailer?. Setiap retailer kena ambil barang dari wholesaler. Retailer tak boleh ambil supply dari retailer juga kecuali diorang bagi dengan harga wholesaler. Biasanya harga Wholesaler ialah separuh harga retail. Contohnya kalau stoking harga kat kedai RM10 setiap satu, biasanya wholesale price akan diberi RM5 setiap satu.

Dropshipper lain pulak citernya, kerana harga dropshipper mungkin tinggi skit iaitu RM7 setiap satu harga wholesaler. Sbb wholesaler terpaksa tanggung kos cari barang, bungkus dan pos barang tersebut kepada customer kita. So, kalau jadi dropshipper, jangan harap boleh dapat profit margin tinggi.

Ebay

Ebay adalah salah satu supermarket yang paling besar dalam internet. Dianggarkan berjuta-juta pengunjung mengunjungi Ebay setiap hari untuk membeli dan menjual barang. Aku sangat mengkagumi Ebay kerana kehebatannya telah disebut oleh Optimus Prime dalam cerita Transformers yang pertama lagi. Terdapat juga anak Melayu yang telah berjaya dalam Ebay dengan menjual produk mousepad, T-shirt yang berbentuk Print On Demand. Akan tetapi terdapat sedikit perkara yang aku tidak setuju tentang mereka ini, terutama mereka menggunakan trademark dan logo yang dikenali dalam ebay sebagai 'vero' item.

Setakat ini, penglibatan aku dengan Ebay banyak menjual produk aksesori iphone seperti iphone skins. Aku telah berjaya menjual sebanyak hampir 20 keping iphone skins. Akan tetapi profit margin di ebay sangatlah rendah dan harga menjadi persaingan terutama produk dari China yang dijual dengan harga tidak logik.

Berikut adalah pendapat aku tentang kelebihan dan kelemahan ebay:

Kelebihan:
  1. Trafik atau visitor yang banyak setiap hari. Jika barang yang berpotensi diletakkan dalam ebay.com, sudah pasti ada orang yang akan melihat barang tersebut walaupun seorang. 
  2. Tidak perlu mengeluarkan kos untk promosi produk yang diletakkan kerana visitor sudah terlalu ramai. Kalau kedai online biasa, kos promosi boleh menyebabkan profit margin mengecil kerana wang, masa dan tenaga banyak digunakan. Di eBay, letak ajo, tunggu orang beli. Tetapi pastikan barang dijual terdapat demand dan selling through yang tinggi. 
  3. Polisi di Ebay menjaga kepentingan pembeli, dan kebanyakkan peraturan mereka adalah bertepatan dengan etika jual beli yang disuruh dalam Islam. 
  4. Potensi yang besar untuk menjadi kaya kalau sudah mendapat trust dan feedback yang baik dalam ebay. 
  5. Terdapat banyak tools dan teknik disediakan oleh Ebay untuk membuat kajian tentang barang yang berpotensi terjual dan cara menjual dengan pantas. 
Akan tetapi kelemahan ketara ebay ialah:
  1. Yuran yang mahal, untuk meletakkan barang (listing item) caj yang dikenakan agak mahal di ebay.com. kalau letak di ebay malaysia memanglah free, tetapi tiada pembeli. Apabila barang terjual, jumlah caj yang dikenakan (final value fee) juga agaklah tinggi. Ramai penjual yang tidak tahan dengan fee ebay mencari alternatif. Ada yang menggelarkan ebay ini sebagai FeeBay. 
  2. Peraturan yang ketat untuk melistingkan barang-barang (listing limit) terutama akaun yang baru dan feedback yang sedikit. Ini menyebabkan potensi untuk berjaya dalam ebay perlahan seolah-olah mendaki tangga, step by step. 
  3. Feedback negatif hanya boleh ditinggalkan oleh pembeli. Penjual tidak boleh beri feedback negative kepada buyer walaupun buyer adalah penipu tahap dajjal dan cipan sekalipun. Walaupun mereka memberikan mekanisma lain untuk pembeli penipu ini, tetapi ia masih tidak menjaga kepentingan penjual lagi. 
  4. Persaingan harga dengan barang-barang dari China. Ia menyebabkan lambakan barang Made In China di Ebay. Jika anda berangan-angan menjual dengan harga murah di Ebay, maka hendaklah cari barang dari china untuk dijual. Akan tetapi kualiti memang teruk. Aku sudah membeli banyak barang dari china, boleh dikatakan kualiti cap cicak dan cap ayam semuanya. 
  5. Profit margin yang sangat kecil. Di Ebay jangan biasanya penjual hanya mensasarkan profit sekita 5-10% sahaja ke atas barangan yang terjual (selepas ditolak modal dan kos barang tidak terjual). Jadi Ebay bukanlah jalan yang pantas untuk kaya sebenarnya. 
Jadi kenapa ada ramai yang mendakwa kaya cepat dengan Ebay. Senang ajo jawapannya, cuba tanya mereka apa produk yang mereka jual itu. Sudah pasti terdapat unsur-unsur Vero (copyright) item yang dijual. Walaupun jual produk prind on demand (POD), mereka masih tidak terlepas dari unsur-unsur piracy. Aku tidak berani menjual produk sebegini, nanti anak bini makan duit haram, susah nak jawab di akhirat nanti. Biarlah aku tidak kaya lagi setakat ini, asalkan dapat seposen dua untung bersih pun dah cukup bermakna. Yang penting biarlah berkat tetapi halal dan kalau boleh banyak lagi untung di masa depan.

Aku cadangkan kalau berminat nak tahu tentang selok belok ebay dari tahap hingusan yang tak tahu apa-apa (learn from scratch) silalah beli DVD mansurbiz. Dia antara yang berjaya menggunakan POD produk. Aku setuju dengan teknik dan method yang diutarakan, dan boleh dikatakan antara yang paling lengkap dan mengkagumkan dibandingkan dengan produk rempit ebay.

Tuesday, July 19, 2011

Bisnes online apa perlu dibuat?

Hari ini sungguh boring, bisnes tak menjadi-jadi. Ntah apa nak jadi dengan bisnes online aku ni. Akan tetapi ketagihan aku terhadap online bisnes ini sukar dihilangkan. Pada hari ini aku mahu berceloteh tentang bisnes apa yang nak dipilih di internet ini.

Seperti aku nyatakan sebelum ini, bisnes internet ini memang banyak jenis, ada yang jenis halal dan haram. Ok, kita fikir yang halal ajo, nanti buat yang haram, tiada berkat dunia dan akhirat, lagipun duit hasil bisnes online inilah yang akan disumbat dalam tembolok anak bini kita. Kalau duk asyik buat kerja haram, nanti apa yang nak dijawab di akhirat nanti.

Terdapat banyak sangat jenis-jenis bisnes online di internet, aku pasti kalau kita cuba ajo cari kat google jenis-jenis online business, mesti banyak disenaraikan sampai muntah-muntah hendak membacanya. Tetapi yang penting ialah keserasian (bukannya minat) dengan kita. Ada orang berpendapat bila kita minat maka kita serasi, tetapi itu bukanlah sesuatu yang tepat. Kat internet kita hendaklah menjual apa yang hendak dibeli bukan apa yang kita minat. Kalau kita syok sendiri, nanti bisnes tidak menjadi.

Okes, apa jenis-jenis business online yang ada di internet? Ini adalah senarai yang termampu aku bagi:
  1. Jual barang fizikal (dropship, small light bulk retailer dll)
  2. Jual barang tidak fizikal seperti ebook
  3. Jual produk orang lain seperti affiliates (tolong promote produk orang lain dan dapat komisen)
  4. Jual perkhidmatan
  5. Iklankan produk orang lain seperti adsense, nuffnang.
Setiap jenis busines online ni ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Prinsip berniaga kat internet ini perlukan trafik ke website atau kedai kita. Trafik (jumlah pelawat) akan ditukarkan kepada pembeli. Perumpamaan ialah macam supermarket, lagi ramai pengunjung, kemungkinan besar lagi ramai pembeli, mana ada orang kurang siuman pergi saja-saja ke supermarket tanpa tujuan membeli. Begitu juga website atau kedai online, biasanya pengunjung pergi dengan niat hendak membeli, cuma jadi ke tidak membeli tu bergantung kepada banyak faktor

Pada pendapat aku, kalau anda pandai menulis dan memujuk pelanggan tentang kebaikan sesuatu produk termasuklah kelentong habis-habisan. Maka sesuailah bergiat dengan google adsense dan affiliate marketing. Biasanya orang yang kaya dengan google adsense dan affiliate marketing sebab pandai membuat ayat-ayat memujuk pelanggan supaya membeli produk. Oleh kerana aku terlalu jujur dan tidak pandai menulis tentang kelebihan sesuatu produk, maka aku pilih Ebay dan jual produk fizikal di blog adalah lebih baik. Tak payah nak menulis tiap-tiap hari, cuma kena cari (outsource supplier) dan kena buat research tentang produk yang laku bila dijual. Yang ini memang penat, tapi bila fikirkan semula, takde benda yang tak penat dalam dunia ini, makan minum pun penat, duk saja-saja tak buat apa pun penat sebab takde duit.

Sekarang ini aku dah putuskan, aku tak akan berniaga affiliate marketing, aku nak fokuskan jual produk fizikal di ebay, kedai-kedai auction seperti bonanza.com, dan juga Ebay. Target customer aku lebih kepada international, kerana customer international ni lebih baik dari customer Malaysia yang kadang kala sial sedikit, dan cerewet, kaki tipu, prejudis skeptical dan macam-macam lagi. Hatta, mat salleh pun ada yang tidak percaya untuk berurus niaga dengan orang Malaysia. Kadang kala malu betul aku dengan fenomena ini. Aduss.

Setakat ini dulu, sekarang duk tengah pening nak updatekan produk aku guna paypal website payment service. Semua benda kena setup manual, kalau nak setup website ecommerce, mahal pulak, aku mahu start dengan modal paling kecil dan semuanya free, terpaksalah buat kerja lebih skit.

Setakat tu dulu, nanti aku nak ceritakan pulak pasal nak buat business online dengan modal paling sikit. Tapi buang masa dan tenaga.






Business online - Part time or full time

Aku memulakan bisnes online sebagai hobi part time. Sebab itulah bisnes tak menjadi-jadi. Tetapi apakah full-time bisnes online akan menjadi. Jika anda dalam dilema untuk memulakan bisnes sebagai part time or full time maka pertimbangkanlah beberapa hakikat tentang online bisnes.
  •  Online bis (nes kerjanya adalah banyak menghabiskan masa di depan komputer atau laptop, jika anda jenis tidak tahan melihat komputer, maka jangan sesekali berangan-angan buat online bisnes. Aku jenis suka kat komputer, kalau boleh buat bini, sudah pasti komputer aku diiktiraf sebagai bini pertama. Harapnya bini aku tak terajang aku kerana ayat ini.
  • Online bisnes bukanlah skim cepat kaya ataupun cara yang paling cepat untuk kaya. Jadi jika anda telah mempunyai kerjaya yang memberikan pulangan yang baik, adalah lebih baik memulakan bisnes online sebagai part time dahulu
  • Kebiasaan untuk mendapat hasil dari bisnes online memakan masas selama paling cepat pun 6 bulan hingga setahun. Ini adalah hakikat dari pengalaman orang yang telah berjaya. Jika anda merasakan ingin mendapat duit dan kekayaan kurang dari 6 bulan, maka jangan buat bisnes online, cari kerja lain yang lebih baik dan lumayan
  • Bisnes online memerlukan banyak kemahiran teknikal. 
  • Sememangnya ada orang yang telah memulakan bisnes online secara full time, tetapi risiko adalah sangat besar, anda perlukan komitmen dan tumpuan sepenuhnya dan belum tentu bisnes yang dijalankan akan berjaya. 
  • Bisnes online adalah bisnes yang memerlukan modal yang sedikit, kadang kala ada yang mendakwa tidak mengeluarkan modal satu sen pun. Bagi aku, adalah sangat mengarut untuk tidak mengeluarkan modal sesen pun, walaupun menggunakan facebook dan blogger yang sememangnya free. Modal tidaklah dikira sebagai duit yang dikeluarkan tetapi masa dan tenaga yang digunakan dikira sebagai modal. 
Jadi berdasarkan faktor diatas, bolehlah anda membuat justifikasi untuk memulakan bisnes online ini sebagai part time or full time. Aku memang bekerja dengan kerajaan, malas nak berhenti kerja, banyak keburukan berhenti kerja. Kalaulah online bisnes ini memberikan pulangan 10 kali ganda dari gaji sekarang, sudah pasti aku akan berhenti kerja serta merta.

Kebanyakkan yang membuat online bisnes sekarang ialah suri rumah tangga, ini adalah perkembangan yang baik sebenarnya. Surirumah yang komited dan tidak berputus asa akan berjaya. Aku dalam julat tidak putus asa lagi, hehehehehe. 

Ramai sebenarnya telah berjaya sebagai full time internet marketers, tetapi bidang kejayaan masing-masing adalah berlainan. Perkara ini nanti aku sentuh dalam entry yang seterusnya tentang jenis perniagaan apakah yang perlu dilakukan untuk online bisnes. Jangan ingat online bisnes ini tentang jual barang ajo, banyak jenis bisnes dibuat dari taraf halal hinggalah haram jaddah tahap celaka pun ada kat internet. Kalau iman tak kuat, mulalah terjebat dengan bisnes online yang haram.



Mukaddimah ucapan alu aluan

Online bisnes sekarang ni telah naik, tumbuh lebih hebat dari cendawan. Ramai tergila-gilakan online business dan berharap boleh jadi kaya cepat dengan online bisnes ini termasuklah aku. Setelah bergiat gaya angan-angan mat jenis yang panjat pokok pinang tanpa buah, barulah aku sedar bahawa bisnes online terdapat banyak salah faham, mitos dan khurafat yang perlu dibuang dalam kepala hotak masing-masing.

Online bisnes ini juga dijadikan alat bagi sesetengah malaun yang mahu melariskan skim cepat kaya mereka, ini yang membuatkan bertambahnya sikap prejudis sesetengah gologan kepada online bisnes ini. Cuba anda beritahu kepada pakcik dan makcik kat kampung, tak pun kat sesetengah orang bandar buta komputer dan IT, "saya kerja jual barang melalui internet" masih ada lagi muka berubah seperti "beruk" atau king-kong kerana tidak percaya dan prejudis tentang online bisnes ini.

Dalam blog ini, tiada "magic pill" atau tips rahsia yang giler-giler, bila buat mesti konfirm kaya. Ia hanyalah perkongsian pengalaman setahun ketiak jagung yang picisan dari orang yang tidak berjaya tentang online bisnes. Kerana jika aku telah menjadi jutawan dan mempunyai duit billion USD dalam akaun, maka tiadalah guna aku duk depan laptop buruk aku ini menulis tentang pengalaman aku, dah ler guna platform blogger yang free ni, apa kejadahnya.

Buat pengetahuan korang, individu yang dah kaya gilo dengan duit berbillion masuk setiap hari, mereka tak akan menulis kat blog apatah lagi menulis buku tentang cara menjadi kaya. Lagipun tulis buku ni paling tinggi royalti pun dapat sekitar 10% atas sebiji buku, kalau buku paling mahal pun RM50, dapat royalti RM5 satu biji. Dah ler nak menulis buku tu ambil masa bertahun-tahun kalau bagi orang tak pernah menulis. Jadi, siapa yang tulis buku tentang mereka, sudah tentu si polan anak si polan yang belum kaya menulis dan meminta tokoh jutawan certified bahawa tulisan mereka itu benar, lepas tu BOOOMMM buku itu meletup, last-last bila baca, takde pun jadi kaya juga orang membacanya kerana apa yang ditulis boleh dikatakan banyak yang tak sama dengan apa dilalui oleh jutawan itu.

Panjang juga mukaddimah aku ini, harapnya ia hanya catatan yang konsisten yang membolehkan aku muhasabah balik tentang kenapa selama ini aku tidak berjaya dengan online bisnes. Isk..isk...sedih betul.