Wednesday, July 20, 2011

Ebay

Ebay adalah salah satu supermarket yang paling besar dalam internet. Dianggarkan berjuta-juta pengunjung mengunjungi Ebay setiap hari untuk membeli dan menjual barang. Aku sangat mengkagumi Ebay kerana kehebatannya telah disebut oleh Optimus Prime dalam cerita Transformers yang pertama lagi. Terdapat juga anak Melayu yang telah berjaya dalam Ebay dengan menjual produk mousepad, T-shirt yang berbentuk Print On Demand. Akan tetapi terdapat sedikit perkara yang aku tidak setuju tentang mereka ini, terutama mereka menggunakan trademark dan logo yang dikenali dalam ebay sebagai 'vero' item.

Setakat ini, penglibatan aku dengan Ebay banyak menjual produk aksesori iphone seperti iphone skins. Aku telah berjaya menjual sebanyak hampir 20 keping iphone skins. Akan tetapi profit margin di ebay sangatlah rendah dan harga menjadi persaingan terutama produk dari China yang dijual dengan harga tidak logik.

Berikut adalah pendapat aku tentang kelebihan dan kelemahan ebay:

Kelebihan:
  1. Trafik atau visitor yang banyak setiap hari. Jika barang yang berpotensi diletakkan dalam ebay.com, sudah pasti ada orang yang akan melihat barang tersebut walaupun seorang. 
  2. Tidak perlu mengeluarkan kos untk promosi produk yang diletakkan kerana visitor sudah terlalu ramai. Kalau kedai online biasa, kos promosi boleh menyebabkan profit margin mengecil kerana wang, masa dan tenaga banyak digunakan. Di eBay, letak ajo, tunggu orang beli. Tetapi pastikan barang dijual terdapat demand dan selling through yang tinggi. 
  3. Polisi di Ebay menjaga kepentingan pembeli, dan kebanyakkan peraturan mereka adalah bertepatan dengan etika jual beli yang disuruh dalam Islam. 
  4. Potensi yang besar untuk menjadi kaya kalau sudah mendapat trust dan feedback yang baik dalam ebay. 
  5. Terdapat banyak tools dan teknik disediakan oleh Ebay untuk membuat kajian tentang barang yang berpotensi terjual dan cara menjual dengan pantas. 
Akan tetapi kelemahan ketara ebay ialah:
  1. Yuran yang mahal, untuk meletakkan barang (listing item) caj yang dikenakan agak mahal di ebay.com. kalau letak di ebay malaysia memanglah free, tetapi tiada pembeli. Apabila barang terjual, jumlah caj yang dikenakan (final value fee) juga agaklah tinggi. Ramai penjual yang tidak tahan dengan fee ebay mencari alternatif. Ada yang menggelarkan ebay ini sebagai FeeBay. 
  2. Peraturan yang ketat untuk melistingkan barang-barang (listing limit) terutama akaun yang baru dan feedback yang sedikit. Ini menyebabkan potensi untuk berjaya dalam ebay perlahan seolah-olah mendaki tangga, step by step. 
  3. Feedback negatif hanya boleh ditinggalkan oleh pembeli. Penjual tidak boleh beri feedback negative kepada buyer walaupun buyer adalah penipu tahap dajjal dan cipan sekalipun. Walaupun mereka memberikan mekanisma lain untuk pembeli penipu ini, tetapi ia masih tidak menjaga kepentingan penjual lagi. 
  4. Persaingan harga dengan barang-barang dari China. Ia menyebabkan lambakan barang Made In China di Ebay. Jika anda berangan-angan menjual dengan harga murah di Ebay, maka hendaklah cari barang dari china untuk dijual. Akan tetapi kualiti memang teruk. Aku sudah membeli banyak barang dari china, boleh dikatakan kualiti cap cicak dan cap ayam semuanya. 
  5. Profit margin yang sangat kecil. Di Ebay jangan biasanya penjual hanya mensasarkan profit sekita 5-10% sahaja ke atas barangan yang terjual (selepas ditolak modal dan kos barang tidak terjual). Jadi Ebay bukanlah jalan yang pantas untuk kaya sebenarnya. 
Jadi kenapa ada ramai yang mendakwa kaya cepat dengan Ebay. Senang ajo jawapannya, cuba tanya mereka apa produk yang mereka jual itu. Sudah pasti terdapat unsur-unsur Vero (copyright) item yang dijual. Walaupun jual produk prind on demand (POD), mereka masih tidak terlepas dari unsur-unsur piracy. Aku tidak berani menjual produk sebegini, nanti anak bini makan duit haram, susah nak jawab di akhirat nanti. Biarlah aku tidak kaya lagi setakat ini, asalkan dapat seposen dua untung bersih pun dah cukup bermakna. Yang penting biarlah berkat tetapi halal dan kalau boleh banyak lagi untung di masa depan.

Aku cadangkan kalau berminat nak tahu tentang selok belok ebay dari tahap hingusan yang tak tahu apa-apa (learn from scratch) silalah beli DVD mansurbiz. Dia antara yang berjaya menggunakan POD produk. Aku setuju dengan teknik dan method yang diutarakan, dan boleh dikatakan antara yang paling lengkap dan mengkagumkan dibandingkan dengan produk rempit ebay.

No comments:

Post a Comment