Friday, August 5, 2011

Price Break

"Price break" adalah suatu istilah yang common dalam dunia perniagaan. Di sini aku tak berminat nak memberikan definisi mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka. Kalau anda dah lama bergiat dalam bidang bisnes dan tidak pernah mendengar perkataan ini atau seumpamanya, maka itu adalah suatu fenomena ajaib. Kalau nak diringkaskan, 'price break' ialah harga barangan akan menjadi lebih murah jika dibeli dengan kuantiti yang semakin banyak.

Contohnya seperti dibawah, katakan harga modal dari pemborong untuk satu kasut bayi ialah RM5.00, maka biasanya pemborong akan memberikan price break kepada retailer (peruncit);

1 hingga 100: RM5.00 setiap satu
101 hingga 500 barang: RM4.00 setiap satu
501 hingga 1000 barang RM3.00 setiap satu.

Maka, untuk mendapatkan price break ni, kenalah beli banyak-banyak. Price break ini sangat berguna kepada retailer yang telah maju dan berkembang dalam bidang perniagaan bagi memaksimumkan profit margin mereka.

Akan tetapi, jika anda baru bermula dengan online bisnes seperti aku ini yang masih merangkak-rangkak dalam gelap, maka price break ini tidaklah berapa penting sangat kecuali jika aku tahu barang yang dibeli itu confirm akan terjual 90%. Bagi online bisnes yang baru bermula, dropship adalah suatu pilihan yang terbaik kerana anda tidak perlu keluarkan modal, hanya promote dan promote dan ambil order. Walaupun jumlah keuntungan adalah kecil, tetapi apabila keuntungan itu sudah mencecah jumlah yang tinggi, waktu itu strategi perniagaan boleh ditukar kepada 'light bulk' order. Waktu itu price break sudah menjadi suatu elemen penting dalam perniagaan. Situasi lain pula ialah jika anda mempunyai modal yang besar untuk memulakan perniagaan, maka price break juga penting. Tetapi jika anda tiada sebarang pengalaman berniaga baik tak payahlah guna modal besar-besar terutama bisnes online. Gunakan apa yang ada, dari RM1 ganda jadi RM2 pastu ganda jadi RM4 dan seterusnya. Itu adalah lebih baik kerana ia akan mengajar anda suatu pengajaran dan pengalaman yang solid untuk berjaya dalam dunia perniagaaan.

Jadi apa yang penting dalam perniagaan? Adakah harga murah semata-mata? Sudah tentu tidak, yang paling penting ialah promosi, dan customer service. Kalau barang sangat baik sekalipun di atas muka bumi ini, kalau tidak dipromosikan, maka tidak ada gunanya juga.

Bab kata Irfan Khairi, jutawan internet, yang penting dalam perniagaan ialah perancangan, produk, promosi dan promosi dan promosi.

Pasal customer service nanti aku ceritakan di lain hari. Bulan posa ni penat nak menulis banyak-banyak.

Kesimpulannya, price break penting untuk dropshipper yang sudah melangkah setapak kepada retailer yang membeli secara light bulk. Aku belum lagi sampai tahap itu, harapnya dalam setahun boleh capai target tersebut. 

No comments:

Post a Comment