Saturday, August 6, 2011

Jual murah!

Harga tidak dinafikan memainkan peranan penting dalam melariskan barang jualan. Cuba bayangkan jika Apple iPhone 4 dijual dengan harga RM100 sebiji, sudah pasti budak-budak sekolah rendah semuanya akan bawa iPhone dalam poket mereka. Akan tetapi implikasinya ialah, syarikat Apple akan tutup kedai dan bungkus tak sampai setahun.

Harga memang elemen penting dalam perniagaan, terutama bisnes online. Tempat persaingan harga yang paling ketara ialah eBay. Di situ, anda boleh mendapat sesuatu barang dengan harga yang sangat murah. Akan tetapi biasanya barang yang murah itu adalah second hand / used item dan barang dari China. Biasanya barangan elektronik dari china ada yang sangat murah, dengan harga USD0.99 free shipping anda boleh mendapatnya. Tetapi kualitinya seperti barangan cap cicak.

Jadi persoalannya, pada harga berapakah kita perlu menjual produk kita? jawapannya boleh dijawab dari pelbagai perspektif.
  1. Lihat harga pasaran semasa (current market price) barang tersebut. Disini anda boleh mendapat gambaran secara kasar tentang harga yang sepatutnya dijual. Contohnya jika sepasang kasut bayi berharga jenama yang sama berharga RM5.00 sepasang dijual di pasaraya Tesco dan lain-lain, mungkin anda boleh menjual barang yang sama pada sekitar harga tersebut. Akan tetapi perlu diingat, Tesco membeli jumlah kasut itu dari pemborong dengan harga yang banyak, maka mereka mendapat price break dan harga RM5.00 itu mungkin sudah menjadi harga modal anda. Jadi anda perlu menjual pada harga yang lebih tinggi seperti RM7.50. 
  2. Apabila anda mendapatkan barang dari supplier, biasanya mereka akan menyatakan harga borong / dropship dan juga MSRP. Manufacturer suggested retail price (MSRP) ialah cadangan manufacturer kepada peruncit agar menjual barangan mereka dengan harga ini. Ini adalah kriteria yang lebih tepat. Jadi jika anda mahu menjual lebih murah dari harga ini, bermakna perniagaan anda akan menjadi tidak sihat. 
Menjual dengan harga yang murah tidak semestinya menjanjikan kejayaan online bisnes. Menjual dengan harga yang sangat mahal pun akan menyebabkan persaingan dari peniaga lain. Menjual dengan harga pasaran dan lebih tinggi sedikit dari harga pasaran adalah lebih baik.

Cuba bayangkan, 2 situasi dimana:

Situasi 1: Cik X memborong 100 pasang kasut bayi. Cik X menjual sepasang kasut bayi, modal RM5.00, harga pasaran ialah RM10.00. Tetapi Cik X mahu menarik pelanggan dengan menggunakan taktik harga murah iaitu dengan menjual pada harga RM6.00. Dia hanya mengambil untung RM1.00 ke atas kasut tersebut. Ramai pembeli online tertarik dengan harga murah ditawarkan, Cik X berjaya menjual sebanyak 75 pasang kasut, hanya tinggal 25 yang tidak terjual. Cik X sangat gembira..

Situasi 2: Cik Z memborong 100 pasang kasut bayi. Modal kasut juga sama iaitu RM5.00. Tetapi Cik Z menjual dengan harga MSRP iaitu RM10 sepasang, harga pasaran di Tesco ialah RM8.00. Walaupun agak mahal berbanding harga pasaran, Cik Z telah memberikan customer service yang bagus, promosi yang bagus.
Tetapi Cik Z hanya berjaya menjual 50 kasut sahaja.

Jadi berapakah untung ? Siapakah lebih banyak mendapat untung.
Cik X walaupun berjaya menjual dengan 75 pasang kasut, tetapi dia rugi kerana dia tidak mendapat balik modalnya. Kerana baki 25 kasut itu tidak terjual. Untung dikira secara total overall dari semua harga kasut, bukan dikira dari yang terjual sahaja. Secara bersihnya, Cik X rugi sebanyak 20 pasang kasut tidak terjual.
Manakala Cik Z pula telah berjaya mendapat pulangan modal setelah menjual 50 pasang kasut. Dia hanya perlukan 50 pelanggan untuk mendapat balik modal dikeluarkan. Selebihnya 50 kasut itu, dia boleh menjualnya dengan harga diskaun sempena raya, sempena tahun baru dan sebagainya. Untung bersih dia akan bergantung kepada jualan kasut baki itu. Cik Z hanya menjual 1 pasang kasut untuk bersaing dengan Cik X yang terpaksa menjual 5 pasang kasut untuk menandingi Cik Z. Yang pasti Cik X akan keletihan dan bungkus perniagaan dalam masa setahun.

Oleh itu, hendaklah peniaga online bisnes jangan terlalu 'dungu' dan bodoh dalam persaingan harga ini. Keseronokan dalam menjual barang dengan harga murah perlu diseimbangkan dengan modal, untung dan rugi. Modal juga tidak semestinya dinilai dari harga dibeli dari pemborong. Saya akan ulas lagi tentang modal pada post akan datang.

Hakikat ini juga sama dengan bisnes online di eBay. Walalupun kita merasakan harga disitu paling murah diatas muka bumi ini, tetapi sebenarnya penjual yang berjaya di eBay bukanlah kerana mereka menjual pada harga murah yang tidak logik, tetapi kerana mereka pandai mengira modal dan untung dengan teliti. Harga murah bukanlah suatu faktor utama kejayaan penjual diEbay. Tetapi pembeli masih menganggap 'mitos' barangan murah bermakna beli lah di Ebay.

Kesimpulannya, jika anda melihat harga 'sales' di pasaran, dan jualan pada harga modal, jualan harga kilang. Itu semuanya adalah tipu dan boleh dikatakan taktik perniagaan. Tiada orang bisnes yang berjaya dengan menjual pada harga modal dan harga dari kilang. Itu semua adalah 'mitos' harga dalam perniagaan yang dimanipulasi untuk mengaburi mata pembeli. Apa pun, aku juga akan pergi ke tempat ada sales kat Tesco dan lain-lain supermarket, kerana itu adalah lumrah sifat pembeli. Cuma fokus di sini, kalau mahu jadi penjual, jangan letakkan minda sebagai pembeli dalam menentukan harga, kalau tidak bermakna bisnes boleh bungkus dalam masa setahun. Huhuhuhu...

1 comment:

  1. Harrah's Philadelphia Casino and Racetrack - JetBlue
    JetBlue Harrah's 당진 출장샵 Philadelphia Casino and Racetrack. 울산광역 출장샵 888,000 square feet of gaming space, 사천 출장마사지 includes more than 2,500 태백 출장마사지 slot and video poker machines, 화성 출장샵

    ReplyDelete