Tuesday, July 19, 2011

Business online - Part time or full time

Aku memulakan bisnes online sebagai hobi part time. Sebab itulah bisnes tak menjadi-jadi. Tetapi apakah full-time bisnes online akan menjadi. Jika anda dalam dilema untuk memulakan bisnes sebagai part time or full time maka pertimbangkanlah beberapa hakikat tentang online bisnes.
  •  Online bis (nes kerjanya adalah banyak menghabiskan masa di depan komputer atau laptop, jika anda jenis tidak tahan melihat komputer, maka jangan sesekali berangan-angan buat online bisnes. Aku jenis suka kat komputer, kalau boleh buat bini, sudah pasti komputer aku diiktiraf sebagai bini pertama. Harapnya bini aku tak terajang aku kerana ayat ini.
  • Online bisnes bukanlah skim cepat kaya ataupun cara yang paling cepat untuk kaya. Jadi jika anda telah mempunyai kerjaya yang memberikan pulangan yang baik, adalah lebih baik memulakan bisnes online sebagai part time dahulu
  • Kebiasaan untuk mendapat hasil dari bisnes online memakan masas selama paling cepat pun 6 bulan hingga setahun. Ini adalah hakikat dari pengalaman orang yang telah berjaya. Jika anda merasakan ingin mendapat duit dan kekayaan kurang dari 6 bulan, maka jangan buat bisnes online, cari kerja lain yang lebih baik dan lumayan
  • Bisnes online memerlukan banyak kemahiran teknikal. 
  • Sememangnya ada orang yang telah memulakan bisnes online secara full time, tetapi risiko adalah sangat besar, anda perlukan komitmen dan tumpuan sepenuhnya dan belum tentu bisnes yang dijalankan akan berjaya. 
  • Bisnes online adalah bisnes yang memerlukan modal yang sedikit, kadang kala ada yang mendakwa tidak mengeluarkan modal satu sen pun. Bagi aku, adalah sangat mengarut untuk tidak mengeluarkan modal sesen pun, walaupun menggunakan facebook dan blogger yang sememangnya free. Modal tidaklah dikira sebagai duit yang dikeluarkan tetapi masa dan tenaga yang digunakan dikira sebagai modal. 
Jadi berdasarkan faktor diatas, bolehlah anda membuat justifikasi untuk memulakan bisnes online ini sebagai part time or full time. Aku memang bekerja dengan kerajaan, malas nak berhenti kerja, banyak keburukan berhenti kerja. Kalaulah online bisnes ini memberikan pulangan 10 kali ganda dari gaji sekarang, sudah pasti aku akan berhenti kerja serta merta.

Kebanyakkan yang membuat online bisnes sekarang ialah suri rumah tangga, ini adalah perkembangan yang baik sebenarnya. Surirumah yang komited dan tidak berputus asa akan berjaya. Aku dalam julat tidak putus asa lagi, hehehehehe. 

Ramai sebenarnya telah berjaya sebagai full time internet marketers, tetapi bidang kejayaan masing-masing adalah berlainan. Perkara ini nanti aku sentuh dalam entry yang seterusnya tentang jenis perniagaan apakah yang perlu dilakukan untuk online bisnes. Jangan ingat online bisnes ini tentang jual barang ajo, banyak jenis bisnes dibuat dari taraf halal hinggalah haram jaddah tahap celaka pun ada kat internet. Kalau iman tak kuat, mulalah terjebat dengan bisnes online yang haram.



Mukaddimah ucapan alu aluan

Online bisnes sekarang ni telah naik, tumbuh lebih hebat dari cendawan. Ramai tergila-gilakan online business dan berharap boleh jadi kaya cepat dengan online bisnes ini termasuklah aku. Setelah bergiat gaya angan-angan mat jenis yang panjat pokok pinang tanpa buah, barulah aku sedar bahawa bisnes online terdapat banyak salah faham, mitos dan khurafat yang perlu dibuang dalam kepala hotak masing-masing.

Online bisnes ini juga dijadikan alat bagi sesetengah malaun yang mahu melariskan skim cepat kaya mereka, ini yang membuatkan bertambahnya sikap prejudis sesetengah gologan kepada online bisnes ini. Cuba anda beritahu kepada pakcik dan makcik kat kampung, tak pun kat sesetengah orang bandar buta komputer dan IT, "saya kerja jual barang melalui internet" masih ada lagi muka berubah seperti "beruk" atau king-kong kerana tidak percaya dan prejudis tentang online bisnes ini.

Dalam blog ini, tiada "magic pill" atau tips rahsia yang giler-giler, bila buat mesti konfirm kaya. Ia hanyalah perkongsian pengalaman setahun ketiak jagung yang picisan dari orang yang tidak berjaya tentang online bisnes. Kerana jika aku telah menjadi jutawan dan mempunyai duit billion USD dalam akaun, maka tiadalah guna aku duk depan laptop buruk aku ini menulis tentang pengalaman aku, dah ler guna platform blogger yang free ni, apa kejadahnya.

Buat pengetahuan korang, individu yang dah kaya gilo dengan duit berbillion masuk setiap hari, mereka tak akan menulis kat blog apatah lagi menulis buku tentang cara menjadi kaya. Lagipun tulis buku ni paling tinggi royalti pun dapat sekitar 10% atas sebiji buku, kalau buku paling mahal pun RM50, dapat royalti RM5 satu biji. Dah ler nak menulis buku tu ambil masa bertahun-tahun kalau bagi orang tak pernah menulis. Jadi, siapa yang tulis buku tentang mereka, sudah tentu si polan anak si polan yang belum kaya menulis dan meminta tokoh jutawan certified bahawa tulisan mereka itu benar, lepas tu BOOOMMM buku itu meletup, last-last bila baca, takde pun jadi kaya juga orang membacanya kerana apa yang ditulis boleh dikatakan banyak yang tak sama dengan apa dilalui oleh jutawan itu.

Panjang juga mukaddimah aku ini, harapnya ia hanya catatan yang konsisten yang membolehkan aku muhasabah balik tentang kenapa selama ini aku tidak berjaya dengan online bisnes. Isk..isk...sedih betul.