- Online bis (nes kerjanya adalah banyak menghabiskan masa di depan komputer atau laptop, jika anda jenis tidak tahan melihat komputer, maka jangan sesekali berangan-angan buat online bisnes. Aku jenis suka kat komputer, kalau boleh buat bini, sudah pasti komputer aku diiktiraf sebagai bini pertama. Harapnya bini aku tak terajang aku kerana ayat ini.
- Online bisnes bukanlah skim cepat kaya ataupun cara yang paling cepat untuk kaya. Jadi jika anda telah mempunyai kerjaya yang memberikan pulangan yang baik, adalah lebih baik memulakan bisnes online sebagai part time dahulu
- Kebiasaan untuk mendapat hasil dari bisnes online memakan masas selama paling cepat pun 6 bulan hingga setahun. Ini adalah hakikat dari pengalaman orang yang telah berjaya. Jika anda merasakan ingin mendapat duit dan kekayaan kurang dari 6 bulan, maka jangan buat bisnes online, cari kerja lain yang lebih baik dan lumayan
- Bisnes online memerlukan banyak kemahiran teknikal.
- Sememangnya ada orang yang telah memulakan bisnes online secara full time, tetapi risiko adalah sangat besar, anda perlukan komitmen dan tumpuan sepenuhnya dan belum tentu bisnes yang dijalankan akan berjaya.
- Bisnes online adalah bisnes yang memerlukan modal yang sedikit, kadang kala ada yang mendakwa tidak mengeluarkan modal satu sen pun. Bagi aku, adalah sangat mengarut untuk tidak mengeluarkan modal sesen pun, walaupun menggunakan facebook dan blogger yang sememangnya free. Modal tidaklah dikira sebagai duit yang dikeluarkan tetapi masa dan tenaga yang digunakan dikira sebagai modal.
Kebanyakkan yang membuat online bisnes sekarang ialah suri rumah tangga, ini adalah perkembangan yang baik sebenarnya. Surirumah yang komited dan tidak berputus asa akan berjaya. Aku dalam julat tidak putus asa lagi, hehehehehe.
Ramai sebenarnya telah berjaya sebagai full time internet marketers, tetapi bidang kejayaan masing-masing adalah berlainan. Perkara ini nanti aku sentuh dalam entry yang seterusnya tentang jenis perniagaan apakah yang perlu dilakukan untuk online bisnes. Jangan ingat online bisnes ini tentang jual barang ajo, banyak jenis bisnes dibuat dari taraf halal hinggalah haram jaddah tahap celaka pun ada kat internet. Kalau iman tak kuat, mulalah terjebat dengan bisnes online yang haram.
I am open to both part-time HostBet and full-time opportunities for online business ventures.
ReplyDelete